APA ITU DROPSHIP?
Suatu kaedah perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan syarikat kami dengan hanya perlu membayar kepada kami berdasarkan produk dan servis yang anda jual.
Ianya memberi keuntungan yang besar kepada anda kerana tidak perlu menyimpan stok dan menanggung modal. Dropship membolehkan andamenjalankan perniagaan kerana anda tidak perlu mempunyai produk atau servis yang dikeluarkan sendiri.
BAGAIMANA DROPSHIP BERFUNGSI?
Dropship berfungsi sangat mudah:
Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada katalog atau senarai barang kami atau laman web kami.
Iklankan produk yang anda pilih itu di Facebook, laman web anda atau blog, katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk.
Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda menempah produk dari syarikat kam. Syarikat kami kemudian akan menghantarnya terus ke pelanggan anda. Pelanggan anda akan berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda.
Anda mendapat keuntungan dengan mudah!
Anda membuat keuntungan tanpa perlu memikirkan untuk membeli dan menyimpan stok dan bahkan melihat produk-produk tersebut. Syarikat kami akan melakukan semua ini untuk anda!
Keuntungan utama adalah untuk anda.Anda boleh menggunakan dropshipping untuk menghasilkan lebih banyak, atau sedikit keuntungan yang anda perlukan – bergantung pada waktu yang anda gunakan.
Jika anda hanya mempunyai cadangan beberapa jam per minggu, anda masih boleh menikmati manfaat dari dropshipping untuk memenuhi keperluan kewangan anda, kerana anda HANYA memerlukan beberapa jam seminggu dan tidak perlu memperuntukkan masa yang panjang.
Anda kemudian akan mampu mendedikasikan waktu anda untuk membina perniagaan anda mengikut kemahuan anda sendiri. Dan setelah anda merasa selesa dan yakin, anda mungkin memutuskan untuk menambah jajaran produk lain untuk perniagaan anda!
Salah satu tarikan dropship adalah anda tidak perlu memikirkan untuk membeli stok dan menyimpan stok. Anda hanya membayar kepada syarikat kami untuk pesanan pelanggan, setelah pelanggan anda membayar kepada anda, dan kami akan menguruskan segala – galanya sehingga memastikannya hantaran dilakukan dengan sempurna.
APA YANG DITAWARKAN OLEH DROPSHIP?
Dropship menawarkan keuntungan sebagai berikut:
Anda tidak perlu mengambil stok atau menyimpan stok sebagai persediaan sama sekali. Apabila anda menerima pesanan anda hanya perlu menempah dengan kami dan kami akan menghantar terus kepada pelanggan anda. Kami akan melakukan semua pembungkusan dan penghantaran untuk anda.
Rangka masa untuk tempahan sampai adalah 1- 3 hari waktu bekerja.
Anda boleh menambah produk kami ke laman web / blog/ facebook anda.
Penghantaran kami adalah dalam MALAYSIA sahaja termasuk sabah dan sarawak buat masa ini
Anda mendapat keuntungan dengan mudah!
Anda membuat keuntungan tanpa perlu memikirkan untuk membeli dan menyimpan stok dan bahkan melihat produk-produk tersebut. Dropshipper akan melakukan SEMUA ini untuk anda!
Anda boleh menggunakan dropshipping untuk menghasilkan lebih banyak, atau sedikit keuntungan yang anda perlukan – bergantung pada waktu yang anda gunakan.
Contoh :
Katakan anda jual PRODUK A. Anda jual pada harga RM180 + RM6(pos) = RM186( pembeli bayar kpd anda) . Anda hanya perlu bayar kepada kami RM150 ( harga dropship) + RM6(pos) = RM156. Jadi anda akan dapat untung atau komisen sebanyak RM30.
Itu baru satu jenis produk. Bayangkan jika anda hanya buat jualan 10 produk A sebulan. Setahun sudah berapa keuntungan anda tanpa anda perlu mengeluarkan modal puluhan dan ratusan ribu ringgit untuk membeli dan menyimpan stok.
1 = UNTUNG RM30.00
10 SEBULAN X RM30.00 = RM300.00
SETAHUN = 12 BULAN X RM300.00 = RM3600.00
ITU CUMA SATU JENIS PRODUK
KAMI MEMPUNYAI HAMPIR 200 JENIS PRODUK SEHINGGA KINI.
KATAKAN ANDA CUMA MAMPU SECARA PURATA MENJUAL 10% DARIPADA JENIS PRODUK KITA.(20 JENIS PRODUK SATU BULAN)
BAYANGKAN JUMLAH PENDAPATAN ANDA TANPA MEMERLUKAN SATU SEN MODAL PUN.
1 JENIS PRODUK SETAHUN RM3600.00
20 JENIS PRODUK X RM3600.00 = RM 72 000.00
PURATA PENDAPATAN SETIAP BULAN = RM 6000.00
MENARIK BUKAN?
Selain menjual secara runcit SATU UNIT. Anda juga diberi hak untuk menjual secara borong.
Kelebihan Berniaga Kaedah Dropship dengan kami.
Tidak perlu modal untuk beli barang dan tidak perlu simpan stok.
Tidak perlu menghantar/membungkus barang.
Pembeli tidak tahu bahawa kami yang pos barang kerana nama anda akan ditulis sebagai penghantar di slip pos.
Keuntungan yang diperolehi adalah keuntungan bersih.
Stok sentiasa up to date dan tidak pernah kehabisan stok.
Mempunya lebih dari 200 koleksi barangan diniagakan.
Ahli Dropship adalah kumpulan yang pertama akan dimaklumkan apabila stok baru dimasukkan.
Anda berjimat kerana boleh membeli pelbagai barangan.
FAQ ( Soalan Lazim)
Soalan : Bolehkah saya menjual semua produk syarikat?
Jawapan : Ya boleh. Anda boleh menjual semua produk syarikat.
Soalan : Bolehkah saya membeli harga borong?
Jawapan : Ya boleh.
Soalan : Bolehkah saya membeli untuk diri sendiri dan keluar dengan harga dropship/ borong.
Jawapan : Ya boleh
Soalan : Bolehkah produk tersebut di booking?
Jawapan : Ya boleh dengan syarat deposit 20% setiap item.
Soalan : Bagaimana saya hendak tahu samada stok ada atau tidak?
Jawapan : Hubungi pihak kami
Soalan : Bagaimana jika pelanggan ada menerima item yang rosak?
Jawapan : Itu tidak mungkin berlaku kerana kami akan memeriksa setiap item sebelum dipos. Tetapi jika berlaku juga, sila beritahu kami dalam tempoh 3 hari selepas diterima. Kami akan gantikan dengan yang baru.
Soalan : Bagaimana saya hendak pastikan syarikat ini tidak melakukan penipuan & scam ?
Jawapan : Cara untuk membezakan antara syarikat yang betul dan tidak MUDAH sahaja. Untuk memastikan kesahihan syarikat pembekal dropship ini ialah anda hanya perlu minta contoh ‘ tracking number ‘yang dihantar kerana untuk syarikat yang buat penipuan mereka amat sukar untuk berikan kerana anda boleh memeriksa transaksi dengan pihak ketiga seperti pos laju. Contohnya seperti kami, anda boleh minta contoh tracking number penghantaran pada bila-bila sahaja tarikh yang anda mahu. Kami boleh berikan tanpa masalah kerana kami membuat penghantaran pos setiap hari . Selepas itu anda boleh masukkan tracking number itu di website pos laju untuk melihat sendiri kesahihan urusan penghantaran barang tersebut.
Soalan : Adakah syarikat meletakkan target jualan setiap bulan?
Jawapan : Tiada